Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Anda

Isi Kandungan

Sebagai pengguna kenderaan bermotor di Malaysia, seharusnya mengetahui jenis lesen memandu yang dimiliki oleh mereka dan Lesen memandu tersebut mestilah belum tamat tempoh. Sekiranya, lesen memandu tersebut telah tamat tempoh dan anda tidak tahu di mana untuk membuat semakan tarikh luput lesen memandu.

Lesen seharusnya diperbaharui secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diigini berlaku. Kegagalan untuk memperbaharui akan meletakkan diri anda dalam risiko untuk disaman oleh pihak berkuasa. Samada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sistem semakan online ini boleh digunakan untuk menyemak tarikh tamat tempoh bagi semua jenis lesen . Di sini kami jelaskan, kaedah membuat semakan tarikh luput lesen dan jenis lesen anda secara online sahaja.

Cara Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Menggunakan MyJPJ

1. Muat turun aplikasi MyJPJ

semakan lesen memandu

JPJ memperkenalkan satu aplikasi untuk memudahkan anda menyemak tarik luput lesen dan pelbagai urusan lain secara atas talian sahaja. Ini lebih memudahkan proses. Sila muat turun aplikasi MyJPJ di Google Playstore atau App Store anda.

2. Daftar Akaun / Log Masuk MyJPJ

Selepas selesai install. Lakukan pendaftaran akaun jika masih belum mempunyai akaun MyJPJ dan seterusnya log masuk menggunakan maklumat akaun anda.

3. Bahagian Pelesenan Pemandu

Pada laman utama aplikasi, dibahagian Pelesenan Pemandu, dan seterusnya tekan pada Semakan Lesen Memandu.

4. Isikan Maklumat IC

Seterusnya, pada bahagian ini, isikan saja nombor kad pengenalan dengan betul pada ruangan yang disediakan. Jika ingin menyemak lesen memandu bagi pihak ketiga seperti ahli keluarga anda juga dibenarkan, hanya dengan masukkan saja nombor kad pengenalan mereka pada ruangan tersebut. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

5. Maklumat Lesen Memandu Anda

semakan lesen memandu

Disini, akan dipaparkan maklumat lesen memandu anda, seperti nama dan nombor kad pengenalan. Dan di bahagian bawahnya pula, akan ada paparan maklumat seperti jenis lesen yang dimiliki oleh anda. Sama ada lesen PSV, B2 dan sebagainya beserta tarikh mula dan tarikh luput lesen tersebut.

Perbaharui Lesen Memandu Anda Sekarang Sebelum Tamat Tempoh

Kini, tiada lagi alasan yang boleh diterima jika terlepas atau terlupa tarikh tamat tempoh lesen memandu anda. Tanpa perlu masa yang panjang untuk beratur, hanya semak melalui online sahaja. Memandu dengan lesen yang telah tamat tempohnya boleh dikenakan denda, penalti dan mungkin kehilangan hak memandu. Selain itu, tidak akan dilindungi oleh insurans jika terjadi kemalangan jalan raya.

Ingin kami uruskan pembaharuan lesen memandu anda ? isikan maklumat anda disini, dan proses pembaharuan akan dilakukan, secara online sahaja dan tunggu sehingga lesen yang aktif sampai di hadapan pintu rumah anda. Semudah itu sahaja.

5/5 - (1 vote)
× Boleh kami bantu anda?