Ujian Komputer Lesen Memandu

Isi Kandungan

Pengenalan

Antara proses mendapatkan lesen memandu adalah termasuk ujian komputer lesen memandu. Tujuan ujian ini adalah untuk menilai sejauh mana seseorang individu memahami peraturan lalu lintas, keselamatan jalan raya dan kemahiran memandu. Di sini, kami menyatakan beberapa perkara yang penting tentang menjalankan ujian komputer untuk lesen memandu.

Keselamatan Jalanraya

Ujian berasaskan komputer membantu memastikan calon memahami peraturan lalu lintas dan papan tanda jalan. Ini mungkin membantu mengurangkan kemungkinan kemalangan jalan raya. Ini adalah kerana keselamatan lalu lintas adalah isu yang sangat penting untuk setiap masyarakat. Infrastruktur jalan raya, tingkah laku pemandu dan kenderaan yang digunakan adalah beberapa komponen yang perlu diambil kira untuk mengekalkan keselamatan jalan raya.

Pengetahuan Tentang Peraturan Lalu Lintas

Ujian komputer lesen memandu ini boleh memastikan calon memahami peraturan asas lalu lintas. Pengetahuan ini penting untuk mengelakkan pelanggaran lalu lintas, yang boleh membawa kepada hukuman undang-undang dan denda yang berat. Melanggar peraturan lalu lintas bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang sekeliling.

Kesedaran Tentang Papan Tanda Lalu Lintas

ujian komputer lesen memandu

Calon yang ingin memiliki lesen memandu akan mengambil ujian komputer untuk mengetahui dan memahami pelbagai papan tanda jalan yang digunakan semasa mereka memandu di lebuh raya. Ini adalah penting untuk memastikan pemandu dan pengguna jalan raya lain selamat. Pengetahuan yang baik tentang papan tanda lalu lintas boleh membantu kelancaran lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan.

Keupayaan Teknikal

Selain itu, peperiksaan berasaskan komputer boleh digunakan untuk menguji kemahiran pemandu. Termasuk pengetahuan tentang kenderaan, peraturan tempat letak kereta dan pengendalian kecemasan di jalan raya. Mempunyai pemahaman tentang perkara ini boleh membantu mengelakkan keadaan berbahaya di jalan raya.

Kurangkan Risiko Kemalangan

Melalui ujian berkomputer ini, calon dikehendaki memahami dan menguasai pelbagai aspek penting berkaitan keselamatan jalan raya termasuk peraturan lalu lintas, papan tanda jalan dan amalan memandu selamat. Ujian berkomputer boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan trafik dengan memastikan semua pemandu berpotensi mempunyai pemahaman menyeluruh tentang peraturan lalu lintas dan kemahiran memandu yang diperlukan.

 

3 Komponen Ujian Komputer Lesen Memandu

Peperiksaan undang-undang berkomputer adalah peperiksaan peringkat pertama. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian soalan, iaitu :

Bahagian A : terdiri daripada lima belas soalan, dan setiap satu berkaitan dengan “papan tanda.”

Bahagian B : mengandungi 35 soalan mengenai “Panduan Berhemat.” Cara untuk mendapat markah dalam bahagian ini ialah dengan menggunakan akal fikiran anda dan cuba mengaitkannya dengan situasi sebenar di jalan raya. Selain itu, anda harus cuba menggariskan tindakan yang sesuai untuk dilakukan.

Bahagian C : terdapat hanya 10 soalan, tetapi anda akan ditanya tentang “Undang-undang Lalu Lintas Jalan dan Sistem Kejara”. Untuk mendapatkan mata dalam bahagian ini, anda perlu mengulangkaji buku panduan yang anda terima daripada kursus KPP01, kerana jawapan anda mesti berdasarkan fakta.

Rumusan

Semoga perkongsian ini membantu calon mempersiapkan diri dengan baik untuk menjawab ujian berkomputer dan memastikan mereka bersedia untuk menjadi pemandu yang bertanggungjawab dan berhemah.

Dan bagi sesiapa yang telah mempunyai lesen memandu dan ingin memperbaharuinya boleh mengisi borang pembaharuan. Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan tentang pembaharuan boleh e-melkan kepada info.lesen2u@gmail.com atau hubungi kami ditalian 011-37561394.

Rate artikel ini
× Boleh kami bantu anda?