Renew Lesen Secara Online

Isi Kandungan

Mesti ramai yang belum tahu bahawa anda boleh renew lesen anda secara online di portal MYLESEN2U. Portal ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan lesen memandu CDL sehingga tempoh 5 tahun.

Lesen memandu adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia, yang memberi kebenaran kepada pemegang lesen untuk memandu kenderaan di jalan raya.

cara renew lesen memandu

Lesen memandu biasanya diberikan setelah individu tersebut telah lulus ujian teori dan ujian praktikal memandu.Lesen memandu dibahagikan kepada beberapa kategori seperti lesen memandu kereta, lesen memandu motosikal, lesen memandu lori dan sebagainya, bergantung kepada jenis kenderaan yang individu tersebut mahu memandu.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

1. Layari website MYLESEN2U

Layari website kami iaitu MYLESEN2U dan anda akan dipaparkan seperti paparan di atas. Klik pada butang “RENEW LESEN ANDA SEKARANG’ dan anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

2. Isi Borang Renew Lesen Memandu

borang renew lesen memandu online

Selepas anda klik butang di atas, anda akan dipaparkan dengan paparan borang untuk anda membuat pembaharuan lesen anda. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan.

Kemudian, hantarkan permohonan anda dan buat bayaran secara online.

3. Buat Pembayaran

pembayaran lesen memandu

Anda akan dipaparkan paparan untuk membuat bayaran. Pilih mana-mana bank pilihan anda dan klik pada butang PAY. Seterusnya anda akan dibawa ke payment gateway bank pilihan anda. Buat pembayaran dan permohonan akan diproses.

4. Permohonan Pembaharuan Diproses

Permohonan dan bayaran yang berjaya dibuat akan disemak dan disahkan. Proses pembaharuan ini biasanya mengambil masa di antara 4-5 hari bekerja sebelum disiapkan. Anda akan menerima slip sementara menggantikan lesen sementara menunggu lesen dihantar ke alamat anda.

5. Lesen Memandu Baharu Dihantar

Selepas siap, lesen memandu anda akan dihantar ke alamat penghantaran seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda tidak menerima lesen memandu baharu anda dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh anda membuat pembaharuan.

Kesimpulan

Proses pembaharuan lesen memandu anda sebenarnya sangat mudah dengan MYLESEN2U. Anda tidak perlu bersesak ke kaunter JPJ atau Pejabat Pos untuk renew lesen anda. Perbaharui lesen memandu anda sekarang dengan mengisi borang permohonan di MYLESEN2U.

5/5 - (25 votes)
× Boleh kami bantu anda?